Empat lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) membawa seorang wanita yang mabuk dan diberikan dadah dari sebuah kelab malam sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir dan dibunuh, lapor Daily Mail

Mangsa, Nong Gift, 21, sebelum itu menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara (Champions League) bersama rakan-rakannya Sabtu lalu di Chanthaburi, Thailand. 

Bagaimanapun, peniaga kosmetik berkenaan tidak sedarkan diri yang kemudian datang empat suspek yang mendakwa mempunyai pertalian darah dengan mangsa, dan dibawa keluar dari kelab itu pada jam 2 pagi untuk 'membawanya' pulang ke rumah. 

Empat suspek termasuk salah seorang yang mengenali mangsa, membawa mangsa ke sebuah hutan terpencil di mana mangsa dirogol bergilir-gilir sebelum dipukul sehingga mati. 

Suspek, Nattaphong Saenkraud, Patti Boonthal, Panya Chan Somdee dan Suitsit Jaechim, dalam keterangan kepada pihak polis mengaku terlibat dalam kejadian itu dan dibawa ke lokasi kejadian pada Rabu lalu untuk siasatan.